Selebriti terkenal Hollywood, Beyonce sempat melakukan dua kali terjunan Bungee, beberapa jam sebelum menjayakan konsert di New Zealand, minggu lalu.
Ibu kepada bayi 22 bulan, Blue Ivy Carter itu melakukan terjunan bersama suaminya yang juga penyanyi rap terkenal, Jay Z dari ketinggian 328 meter di Menara Auckland.
Menurut sumber yang bekerja di menara berkenaan kepada Herald, tidak ramai yang perasan kehadiran pasangan terkenal ini ketika mereka tiba sekitar jam 10.30 pagi.
Malah Beyonce dibantu untuk menukar pakaian sebelum membuat terjunan sepantas yang boleh, dipercayai untuk mengelak daripada orang ramai menyedari kehadirannya dan berkerumun hingga boleh mendatangkan situasi bahaya.
Apa yang menarik, Beyonce menyukai terjunan dilakukan lalu meminta untuk mengulanginya sekali lagi.
Perkara dinyatakan pekerja menara ini ternyata benar kerana Beyonce sendiri, kemudiannya berkongsi gambar-gambarnya ketika detik hendak melakukan terjunan di Menara Auckland di laman Instagram. – REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment