Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 21, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari mendakwa Kementerian Pendidikan menanggung kos khidmat nasihat perundingan yang tidak berbaloi dalam usaha meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di negara ini.

Beliau mendakwa, kementerian itu menganugerahkan kontrak bernilai RM89.5 juta setahun kepada tiga firma perunding dari luar iaitu British Council, Brighton Education Group dan SMR HR Group yang cuma menyediakan 360 mentor penutur jati bahasa Inggeris untuk tempoh tiga tahun.

“Dalam erti kata lain, hampir RM270 juta dibelanjakan untuk mengupah 360 mentor Inggeris ini. Kos ini kira-kira RM250,000 setahun bagi setiap mentor atau hampir RM21,000 sebulan, tetapi hanya 7,500 guru dari 1,800 sekolah akan dilatih oleh mentor terbabit.

“Tidak munasabah mewajarkan jumlah yang tidak masuk akal untuk dibelanjakan bagi menyediakan apa yang sebenarnya merupakan cuti bergaji selama tiga tahun bagi 360 orang mentor penutur jati bahasa Inggeris terbabit,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Zairil Khir mendakwa, maklum balas yang diterima daripada guru yang menjalani program itu mendapati “sesi bersama mentor” melalui program itu cuma berlangsung dalam tempoh tiga hingga empat jam sebulan.

Justeru beliau mempersoalkan keberkesanan program mentor itu dalam membantu guru tempatan terbabit menguasai bahasa Inggeris dengan hanya dalam tempoh yang singkat tersebut.

Beliau turut mendakwa program itu tidak berbaloi kerana jumlah perbelanjaan RM270 juta untuk melatih 7,500 guru bersamaan dengan RM36,000 bagi setiap guru tempatan terbabit dalam tempoh tiga tahun.

“Jumlah ini adalah lebih daripada kos untuk mendaftar guru yang sama ke program ijazah dalam bahasa Inggeris dengan struktur pembelajaran yang tersusun di sebuah universiti tempatan,” dakwanya lagi.

0 comments:

Post a Comment