Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 29, 2013

No Comment

LOS ANGELES – Penyanyi yang popular dengan lagu Ops I Did It Again, Britney Spears dilihat keluar bersama bekas suaminya, Kevin Federline, lapor akhbar hiburan dalam talian, eonline kelmarin.

Bekas pasangan suami isteri itu membawa anak lelaki mereka, Jayden James bermain bola sepak di kawasan Woodland Hills di sini.

Abang Jayden, Sean Preston turut hadir untuk memberi semangat kepada adiknya itu.

Spears dan Federline dilihat mesra semasa menonton anak mereka bermain bola sepak.

Penyanyi lagu Work Bitch itu memakai baju berwarna merah yang dipadankan dengan seluar jean, but dan cermin mata sebagai aksesori.

Bekas suaminya pula menyarung baju-T berwarna putih bersama seluar pendek biru, kasut putih dan topi besbol.

Pasangan tersebut berkahwin pada 18 September 2004 dan bercerai November 2006. – Agensi

0 comments:

Post a Comment