Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 29, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Terdapat lebih daripada 17 juta pengguna internet di Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Jens Reisch,

Beliau berkata, jumlah itu itu mewakili 60.7 peratus daripada penduduk negara ini dan lebih 13 juta daripada mereka merupakan penguna Facebook.

“Oleh kerana ramai individu mengakses internet, kami turut mengambil inisiatif untuk menubuhkan laman Facebook sejak 6 Julai 2011.

“Kini Facebook Allianz Malaysia mempunyai lebih 95,000 peminat menjadikan ia salah satu daripada laman (media sosial) yang paling popular dalam industri insurans di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Jens Reisch berkata, Allianz Malaysia percaya internet membolehkan syarikat insurans itu mendekati pelanggan dan orang ramai dengan lebih baik,

Menurutnya, kemudahan itu membolehkan Allianz Malaysia sentiasa berkomunikasi, mendengar dan bertindak balas kepada keperluan pelanggan.

Sebagai contoh, katanya, Allianz Malaysia berjaya menyelesaikan sebanyak 119 aduan yang diterima menerusi Facebook.

“Laman Facebook Allianz Malaysia boleh diakses menggunakan alamat www.facebook.com/AllianzMalaysia

“.Kami berharap untuk terus mendengar maklum balas orang ramai mengenai kami melalui media sosial ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment