KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki berusia 34 tahun bagi membantu siasatan satu kes oleh agensi itu.
SPRM dalam satu kenyataan media memberitahu, lelaki tersebut dikenali sebagai R.Siva Kumar dan beralamat terakhir di Bandar Ekar, Rantau, Negeri Sembilan.
“Dia dipercayai pemilik sebuah syarikat yang beralamat di Kampung Ribu, Rantau,” kata kenyataan itu hari ini.
SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan supaya menghubungi talian 03-8886 7515.
0 comments:
Post a Comment