Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

Nampaknya berita perpisahan ibu kepada bintang realiti Kim Kardashian, Kris Jenner dan suaminya, Bruce Jenner bukanlah penamat kepada cerita sensasi keluarga itu.

Terbaru, menurut majalah Star, Bruce dikatakan mengalami kecelaruan jantina kerana karakternya yang gemar memakai subang, menyimpan rambut panjang, menjaga kukunya dan mencabut bulu kening.

Turut dinyatakan, atas sebab inilah Kris mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya yang juga bekas atlet Olimpik itu.

Kami sebenarnya tidak pasti adakah ciri-ciri yang disebutkan itu akan menjadikan seseorang itu ‘wanita’ kerana pada masa kini ramai lelaki yang gemar bergaya dan menjaga penampilan mereka.

Namun, apa yang menjadikan gosip ini hangat ialah Bruce juga dikatakan pernah menggunakan pakaian dalam wanita.

Hai, tak tahulah jika perkara ini benar-benar berlaku atau sekadar gosip murahan bagi memburuk-burukan nama Bruce. Macam-macam hal!

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment