Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Wira Ayub Yaakob ialah antara 279 penerima anugerah Darjah Kepahlawan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis di Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyempurnakan majlis penganugerahan itu di Balairong Seri, Istana Negara bermula 9 pagi Selasa

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Selain Ayub, yang menerima anugerah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP), tiga pegawai polis negara asing turut menerima anugerah yang sama.

Mereka ialah Ketua Polis Republik Indonesia General Drs Timur Prodopo; Komisioner Polis Provonsi Wilayah Kesembilan Thailand Leftenan General Polis Pisit Pisuthsak dan bekas Komisioner Polis Diraja Brunei Datuk Paduka Hasrin Paduka Sabtu.

Selepas dimainkan lagu kebangsaan Negaraku, keempat-empat mereka, yang berpakaian seragam rasmi pasukan polis negara masing-masing, dipakaikan oleh Yang di-Pertuan Agong set anugerah itu yang berupa selempang, bintang, minitur dan pingat perkhidmatan.

Sebanyak 30 pegawai polis menerima kalung dan pingat untuk Pingat Setia Pasukan Polis (PSPP), 52 pegawai polis menerima Pingat Pasukan Polis (PPP); Pingat Kesatria Pasukan Polis (KPP) (13 orang); Pingat Bentara Pasukan Polis (BPP) (174 orang) dan Pingat Keberanian Pasukan Polis (PKP) (enam orang).

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis penganugerahan itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Pengurusan Polis Datuk Mortadza Nazarene, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Datuk Abdul Ghafar Rajab. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment