Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

BANDAR SERI BEGAWAN – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, semalam mengumumkan pelaksanaan undang-undang syariah secara berperingkat di negara itu termasuk hukuman rejam hingga mati bagi kesalahan zina.

Sultan Hassanal, 67, di dalam ucapannya bertitah, Kanun Keseksaan Syariah yang dirangka sejak beberapa tahun sudah diwartakan semalam dan ‘akan dikuatkuasakan dalam tempoh enam bulan’ secara berperingkat.

Insya-Allah, dengan pelaksanaan undang-undang ini, tanggungjawab kepada Allah berjaya dilaksanakan” Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei

Satu salinan dokumen kanun berkenaan menyatakan hukuman termasuk rejam sampai mati ke atas mereka yang berzina, potong tangan bagi kesalahan mencuri, sebat untuk kesalahan menggugurkan janin hingga kepada perbuatan minum minuman keras.

“Insya-Allah, dengan pelaksanaan undang-undang ini, tanggungjawab kepada Allah berjaya dilaksanakan,” titah baginda.

Sultan Hassanal Bolkiah, mula memperkenalkan undang-undang jenayah Syariah di negara dengan 400,000 penduduk itu pada 1996.

Bagaimanapun setakat ini, belum dapat dipastikan sejauh mana ketegasan pelaksanaan undang-undang jenayah baru itu yang hanya dikuatkuasakan ke atas penduduk Muslim.

Penjualan dan perbuatan meminum minuman keras secara terbuka sudah lama diharamkan di negara itu, manakala peraturan ketat dikuatkuasakan kepada penganut agama lain.

Brunei menggabungkan sistem mahkamah sivil berdasarkan undang-undang British dan mahkamah Syariah yang setakat ini terhad kepada isu keluarga dan pertelingkahan perkahwinan.

Dua tahun lalu, seorang pegawai tinggi di pejabat peguam negara berkata, di bawah kanun keseksaan yang baru itu, hakim akan dibenarkan menggunakan budi bicara mereka sebaik mungkin, manakala bukti yang benar-benar kukuh diperlukan sebelum sesuatu hukuman boleh dilaksanakan. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment