Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 3, 2013

No Comment

PETALING JAYA – Pelakon Diana Rafar menepis tuduhan rumah tangga yang dibinanya bersama aktor Zamarul Hsiham, 42, menghadapi krisis sehingga menyebabkan mereka jarang dilihat keluar bersama.

Diana atau nama sebenarnya Adriana Abd. Rafar, 31, berkata, hubungan mereka tidak menghadapi sebarang masalah sebaliknya Zamarul terlalu sibuk di lokasi penggambaran mengakibatkan pelbagai andaian timbul.

“Hubungan kami memang ‘renggang’ kerana kesibukan Zamarul di mana jadualnya penuh dengan penggambaran drama.

“Saya pun tak tahu bila masanya tidak sibuk tetapi macam mana pun kami masih lagi bersama,” katanya yang dihubungi mStar Online.

Diana mengakui ada kalanya dia berasa hati terhadap Zamarul yang jarang mempunyai masa untuk bersama dan mereka pernah membincangkan perkara tersebut.

Bagaimanapun kata Diana, dia harus memahami kesibukan suaminya itu merupakan satu pengorbanan terhadap keluarga.

“Biasalah bila pergi ke majlis tanpa suami, orang mulalah bertanya dan memberi pelbagai andaian. Malah wajah Zamarul tiada dalam Instagram saya pun orang tertanya-tanya kenapa?

“Tapi nak buat macam mana, nak ambil gambar bersama pun tak sempat,” tuturnya.

Hasil perkahwinan Diana dan Zamarul pada 16 Mei 2009, pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki iaitu Kashfi Haikal yang kini berusia tiga tahun.

Zamarul pula mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Izzat Haikal, 14.

Dalam pada itu Diana berkata dia berhasrat untuk membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan selepas spa yang dimilikinya di Shah Alam sejak tujuh tahun lalu ditutup kerana kekurangan pelanggan.

“Sekarang ini saya sibuk dengan mempromosikan produk kecantikan saya Maixara selain menjadi duta kepada produk Sumber Ayu,” jelasnya. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment