Sebelum ini, penyanyi terkenal Nurshahila Amir Amzah atau Shila Amzah pernah menulis di laman Twitternya mengenai perasaan traumanya terhadap keganasan lelaki kepada wanita kerana disebabkan perbuatan bekas kekasih kepada dirinya sebelum ini.
Lantas, disebabkan kenyataan sensasinya itu banyak pihak mula menuding jari terhadap bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataan penyanyi wanita itu.
Namun, menerusi Twitternya, Shila menjelaskan, “saya langsung tak kaitkan cerita saya dengan sesiapa pun. Jadi tolong takyah kaitkan la…Siapa yang tulis itu memang tak bertanggungjawab la”.
“Tolonglah blog yang bertanggungjawab ini. Maaf cakap tapi kalian tak jaga langsung sensitiviti orang lain. Tulis ikut sedap sahaja,” tulisnya lagi.
Bagi penulis, Shila seharusnya menyedari statusnya sebagai seorang selebriti, kerana apa sahaja yang dicakap, diluah atau ditulis di laman-laman sosialnya pasti akan menarik perhatian orang ramai.
Lagi-lagi kalau benda itu sesuatu yang negatif. Jika Shila tidak mahu dikaitkan dengan sebarang kontroversi atau cerita panas dia seharusnya bijak memikirkan perkara yang sepatutnya dikongsikannya bersama peminatnya di luar sana.
Tak gitu?
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment