Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

JILIN – Pisau tertusuk di kepala. Pasti sesiapa pun yang melihat keadaan Ho Lung  akan terkejut dan menjerit, namun tidak bagi lelaki ini.

Dia dengan tenang masuk ke unit kecemasan sebuah hospital.



Jururawat yang bertugas juga terkejut menyaksikan keadaan Ho Lung dan tanpa perlu mengisi sebarang borang, Ho Lung terus dibawa ke doktor untuk rawatan segera.

Pisau pemotong buah yang tertusuk di bahagian tengkorak kepalanya.

Nasib baik ia tidak mencederakan mana-mana salur darah di kepalanya.

Selepas imbasan x-ray dijalankan, dia telah menjalani pembedahan selama tiga jam.

Selepas sedar, Ho Lung meminta supaya dia dibenarkan keluar dari hospital, biarpun kepalanya masih berbalut.

Doktor akhirnya membenarkan Ho Lung keluar dari hospital dan dia juga berjanji untuk kembali semula untuk pemeriksaan rutin.

Ditanya bagaimana pisau itu boleh tertusuk di kepalanya, Ho Lung enggan memberikan penjelasan lanjut, sebaliknya memaklumkan ia berlaku akibat satu permainan.

“Saya bermain satu permainan bodoh dengan kawan saya dan sesuatu telah berlaku menyebabkan kepala saya terkena pisau ini. Ia merupakan perbuatan bodoh dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,’’ katanya

0 comments:

Post a Comment