Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 29, 2013

No Comment

KANGAR – Lapan lagi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bakal diwujudkan di Perlis sebelum akhir tahun ini, kata Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasionl (JPNIN) Perlis, Ku Hashim Ku Bakar.

Beliau berkata pada masa ini Perlis mempunyai 102 KRT.

“JPNIN sememangnya memberi tumpuan dalam penubuhan lebih banyak KRT di negeri ini kerana peranannya terbukti berkesan bagi merapatkan hubungan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum,” katanya semasa berucap mewakili Pegarah JPNIN Perlis, Rohai Zahar Nedi pada majlis jamuan ‘Jasamu Dikenang’ anjuran KRT Taman Indera/Taman Kangar di sini malam tadi.
Majlis itu diadakan bagi menghargai bekas-bekas pemimpin KRT yang pernah memberika khidmat di kawasan perumahan itu.

Ku Hashim berbangga dengan kesungguhan para pemimpin KRT yang menggerakkan pelbagai kegiatan secara sukarela bagi menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Sebelum itu, Pengerusi KRT Taman Indera/Taman Kangar, Busu Ibrahim ketika berucap berharap kerajaan turut menyediakan peruntukan bagi pembayaran elaun kepada para pemimpin KRT sebagaimana yang diterima oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Kalau tidak mendapat elaun bulanan seperti yang diterima pengerusi dan setiausaha JKKK, dapat elaun menghadiri mesyuarat pun jadilah buat sementara,” kata Busu yang lebih 20 tahun menjadi pengerusi KRT itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment