Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

KANGAR – Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas 146 kotak berlogo halal yang mengandungi ayam yang dipercayai tidak disembelih mengikut syarak dalam sebuah lori di Kilomdeter 24, Jalan Ulu Pauh-Padang Besar dekat sini semalam.

Komander UPP Chuping, ASP Syed Basri Syed Ali berkata rampasan dilakukan pada pukul 10.30 pagi di sekatan jalan raya ketika lori itu sedang menghala ke arah Padang Besar.

Beliau berkata siasatan awal mendapati terdapat keraguan pada ayam yang disembelih itu berdasarkan kesan sembelihannya, sedangkan pada kotak yang berisi ayam-ayam itu tertera logo halal.

Selain ayam, UPP turut merampas 253 kotak yang berisi hati ayam dan 40 guni plastik yang mengandungi daging itik.

Syed Basri dua lelaki tempatan berumur 30 dan 29 tahun iaitu pemandu dan kalendannya ditahan dan dibawa ke Kem UPP Chuping untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, UPP telah menjemput seorang pegawai Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) untuk meneliti ayam-ayam berkenaan yang mengesahkan bahawa kesemua 876 ayam di dalam kotak itu tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Syed Basri berkata kes itu telah dirujuk kepada Kementerian Pedagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut mengikut AktA Perihal Dagangan 2011 kerana menyalahgunakan logo halal.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, ia boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM100,000 atau keduanya sekali kepada individu manakala bagi syarikat, ia boleh dikenakan denda RM250,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan berikutnya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment