KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dibentang untuk bacaan kali pertama dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Rang undang-undang itu dibentang oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak pada jam 4 petang, Jumaat ini. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment