Seperti yang tertera pada laman web rasmi Sony Malaysia, Sony Xperia C dwi-sim kini mula dijual di Malaysia pada harga RM999. Telefon pintar bersaiz 5 inci yang lengkap dengan spesifikasi sederhana ini telah mula dijual di pasaran China Julai lalu.
Dengan pilihan warna hitam, putih dan ungu, Xperia C menampilkan prosessor 1.2GHz Quad-core MediaTek MTK6589 dan memori RAM 1GB, memori dalaman 4GB serta slot microSD untuk penambahan memori.
Kamera pada Xperia C turut memberi kepuasan kepada pengguna dengan kualiti gambar 8 Megapiksel, selain sistem penggera Exmor R.
Spesifikasi lain yang terdapat pada peranti Android Sony ini temasuk kebolehan dwi-sim selain aplikasi-aplikasi Sony seperti ‘Walkman”, Album dan Movie dan bateri 2,390mAh.
Peranti ini kini boleh didapati di semua wakil penjual Sony yang terpilih.
0 comments:
Post a Comment