Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 21, 2013

No Comment

Pemain penyerang kelab Arsenal, Theo Walcott terpaksa direhatkan selama dua minggu akibat kecederaan yang dialaminya.

Pemain antarabangsa England itu kini sedang berusaha untuk mengembalikan kecergasan dan staminanya selepas menjalani pembedahan celah kelangkang dan perut, baru-baru ini.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger juga menjangkakan Walcott tidak akan dapat beraksi pada Liga Juara-Juara Eropah (UEFA) menentang kelab Borussia Dortmund, Crystal Palace dan Chelsea.

“Saya tidak rasa dapat turunkan dia (Walcott) ketika perlawanan menentang kelab Dormund, Crystal Palace mahupun Chelsea.

“Dia sekurang-kurangnya memerlukan masa selama dua minggu lagi untuk pulih sepenuhnya,” kata Wenger.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment