Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 24, 2013

No Comment

TAWAU – Sembilan buah rumah papan musnah dalam kebakaran di Lorong Jati, Kampung Kinabutan Besar di sini, pagi ini, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzeh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.32 pagi dan pihaknya sampai ke tempat kejadian kira-kira lapan minit kemudian.

“Seramai 22 anggota dan dua buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 9.28 pagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Sementara itu, seorang daripada mangsa, Jufri Latip, 56, berkata ketika kejadian dia berada di bandar Tawau untuk membeli barang keperluan harian.

“Saya turun ke bandar sekitar pukul 7 pagi untuk membeli barang dan ketika balik ke rumah saya nampak asap berkepul-kepul dari arah kawasan rumah saya,” katanya.

Bagaimanapun Jufri yang menetap di situ sejak lapan tahun lepas bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya selamat.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment