Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 24, 2013

No Comment

KETUA Kumpulan Geng 08 Vinod yang dipercayai terkenal dengan jenayah samun bersenjata di sekitar Rawang dan Gombak, Selangor akhirnya berjaya diberkas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pagi tadi.

Suspek dikenali sebagai Vinod Mohan, 21 tahun, ditahan di Jalan Kuantan berhampiran Taman Tasik Titiwangsa ditangkap di sebuah rumah kosong pada pukul 9.30 pagi selepas melarikan diri sejauh lebih 30 kilometer.

Sebelum itu, suspek terserempak dengan sepasukan polis di kawasan Genting Sempah, Pahang.

Turut bersama suspek menaiki kenderaan jenis MPV Toyota Wish ialah seorang gadis berusia 23 tahun.

Semasa memandu melarikan diri dari polis, suspek difahamkan turut melepaskan tembakan, memetik laporan kualalumpurpost.net.

Dalam drama kejar mengejar itu, kenderaan dipandu suspek telah melanggar seorang orang awam dan terbabas di satu lokasi di Taman Tasik Titiwangsa sebelum lelaki itu melarikan diri manakala rakan wanita suspek ditahan.

Bertindak atas maklumat, polis kemudian memberkasnya di sebuah rumah kosong di kawasan berdekatan dalam keadaan cedera di bahagian bahu dan pinggang akibat terkena tembakan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata Oktober lepas seramai tujuh ahli kumpulang itu ditahan dan dikenakan perintah Pengawasan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 di Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang dan Perak.

0 comments:

Post a Comment