Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

ALOR SETAR – Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP diminta menjelaskan perkara sebenar berhubung isu kelewatan pendaftaran permohonan keanggotaan dan penubuhan cawangan baharu parti itu di Taman Wira, Mergong di sini.

Bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP, Kedah Syed Araniri Syed Ahmad berkata, beliau memberi masa 14 hari kepada CEC DAP untuk memberi penjelasan itu dan jika gagal berbuat demikian, atau memberi penjelasan tidak telus, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Katanya, permohonan dibuat sejak awal tahun lepas dan penjelasan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan kerana CEC DAP bersikap menyalahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam isu berkenaan.

“Masyarakat kena tahu perkara ini sebab pengurusan DAP ini mereka main-main. Mereka ini cuma hebat kepada orang bukan DAP, mereka layan. Kepada ahli DAP, tidak kira Melayu atau Cina, mereka anggap merekalah dua, tiga orang dalam CEC paling berkuasa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pada 1 November lepas, Syed Araniri yang juga Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira mengumumkan meletak jawatan susulan tindakan kepimpinan DAP Pusat masih menidakkan permohonan beliau bagi menubuhkan cawangan di Taman Wira, yang dianggotai orang Melayu.

Syed Araniri juga berkata, beliau sudah dilantik Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah sedangkan DAP Pusat belum mengiktirafnya sebagai anggota parti walaupun permohonan untuk menjadi anggota sudah dihantar sejak Januari 2012.

Katanya, beliau bersama 35 orang lagi menyertai DAP pada awal tahun lepas dengan menubuhkan cawangan di Taman Wira dan mempromosikan parti itu di seluruh negara namun sehingga kini iaitu selepas 22 bulan, permohonan mereka belum diluluskan.

Beliau mendakwa DAP Pusat hanya menghantar permohonan keanggotaan dan penubuhan cawangan itu kepada ROS pada Jun lepas sedangkan cek keanggotaan yang mereka bayar sebelum ini sudah luput dan mereka terpaksa mengeluarkan cek baharu.

Katanya, CEC DAP sering menyalahkan ROS bagi setiap masalah dalam parti itu sedangkan DAP, yang mempunyai perlembagaannya sendiri, mengambil masa begitu lama untuk bertindak.

“ROS tidak buat perlembagaan parti tetapi DAP. Jun lalu baru CEC DAP menghantar permohononan itu kepada ROS selepas saya mendesak. Mana pergi tempoh setahun dan lima bulan sebelum itu? Jadi, ini salah siapa, DAP atau ROS?” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment