Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

AGAK mengejutkan juga berita yang kami dengar mengenai pengacara program Wanita Hari Ini dI TV3, Fiza Sabjahan yang telah menfailkan fasakh terhadap suaminya, Afief Farhan Fauzi.

Rasanya, belum pernah kami mendengar sebarang gosip yang melanda perkahwinan pasangan yang bernikah pada 2 April 2010 itu.

Memetik laporan Media Hiburan, Fiza sebelum ini menfailkan perceraian secara baik dengan suaminya pada 1 Ogos lalu kerana mendakwa tidak diberi nafkah sejak tiga tahun lalu.

Namun, ia dibantah oleh Afief sehingga menyebabkan tuntutan itu dipinda kepada fasakh.

Apapun, kami berharap agar hubungan pasangan ini masih boleh diselamatkan. Namun, segalanya terserah kepada Fiza dan Afief kerana mereka lebih memahami apa yang berlaku.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment