Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menolak agenda politik dan individu bagi memastikan perjuangannya terus relevan.

Titah baginda, GPMS perlu terus kekal dengan matlamat perjuangan asal sejak 65 tahun lalu bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu.

“Setiap program mudah dimanipulasi jika unsur politik dibenarkan dalam setiap kegiatan yang dianjur oleh GPMS,” titah baginda ketika merasmikan Persidangan Agung Tahunan ke-59 GPMS di sini malam tadi.

Baginda yang meluahkan kebimbangan dengan kewujudan kumpulan Melayu liberal dan moderat yang tidak lagi peduli tentang kepentingan bangsa sendiri, turut bertitah GPMS antara yang boleh menangani perkara itu.

Raja Muda Perlis juga percaya GPMS dapat mentransformasikan pergerakannya agar diterima oleh rakyat Malaysia selain menjadi nakhoda kepada anak muda Melayu untuk membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.

Jika semua pihak menjalankan tanggungjawab dengan jujur, telus dan komited, segala perancangan GPMS akan dapat dilaksana dengan jaya, titahnya.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Gadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan Sabry Ahmad dan Presiden GPMS Jais Abdul Karim.

Baginda turut berkenan menyampaikan beberapa anugerah GPMS termasuk anugerah Lautan Biru GPMS 2013 kepada GPMS Negeri Perlis dan Anugerah Khas Presiden kepada GMPS UiTM Merbok.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin pula menerima Anugerah Tokoh Pemikir GPMS sempena persidangan berkenaan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment