Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

SEMALAM, pereka fesyen ternama tanahair, Jovian Mandagie membuat pengumuman mengenai pernikahannya dengan anak Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Sabrina yang bakal berlangsung 11 Disember nanti.

Menariknya, mereka memilih untuk diijabkabulkan di Muzium Diraja, Istana Negara Lama, sekaligus menjadikan mereka sebagai pasangan pertama yang mengadakan majlis pernikahan di situ, memetik laporan GUA.

Bagaimanapun, Jovian menolak dakwaan bahawa pemilihan lokasi itu ada kaitan dengan pengaruh bapa Nina, sebaliknya Istana Negara Lama akan membuka pakej perkahwinan kepada orang awam.

Tidak terhenti di situ, pasangan ini akan mengadakan tiga majlis resepsi iaitu pada 14 Disember di Hotel Shangri-La yang bertemakan tradisional Melayu, 15 Disember yang bertemakan tradisional Jawa dan satu lagi di Bera seminggu selepas itu.

Sesuai dengan statusnya sebagai pereka, Jovian sendiri akan mereka busana pengantin dengan dibantu oleh adiknya, Shims Mandagie.

Tidak mahu menerima sebarang tajaan, pasangan ini menegaskan majlis mereka ditanggung sendiri oleh kedua belah pihak.

Pada saat ini, kami yakin Jovian dan Nina sangat sibuk mempersiapkan diri untuk perkahwinan mereka. Hendak buat satu majlis pun sudah kalut, apatah lagi sampai empat termasuk nikah, betul tak?

Apapun, semoga segalanya dipermudahkan untuk pasangan ini. Memang meriahlah bulan Disember nanti dengan perkahwinan para selebriti termasuk Che Ta dan Zain Saidin.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment