Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

PUTRAJAYA – Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion untuk melaksanakan 68 projek bekalan air, termasuk 18 projek baharu di seluruh negara melalui Bajet 2014.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kementerian mengambil tindakan serius berikutan kedudukan rizab bekalan air di sesetengah negeri adalah kurang daripada 10 peratus.

“60 projek sambungan dan 18 projek baharu itu termasuk pembinaan empangan, membina baharu atau menaik taraf loji-loji rawatan serta sistem agihan, program pengurangan kadar air tak terhasil dan juga pemasangan jajaran paip baharu,” katanya pada majlis Anugerah Industri KeTTHA 2013 di sini malam tadi.

Ongkili berkata kerajaan persekutuan juga meneruskan agenda untuk meningkatkan liputan dan akses kepada bekalan air bersih di kawasan luar bandar dan pedalaman melalui Program Bekalan Air Luar Bandar yang diuruskan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

“Dalam Bajet 2014, sebanyak RM457 juga telah diperuntukkan untuk menyediakan bekalan air bersih kepada 8,000 buah isi rumah,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment