Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan melarang Pusat Perubatan dan Hospital Bersalin Cina dan N.S. (NSCMH) daripada menawarkan perkhidmatan pesakit dalam (in-patients) kepada orang ramai berkuatkuasa serta merta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, larangan penggantungan itu dikeluarkan kerana pusat perubatan berkenaan didapati melanggar 10 perkara dalam Akta Kemudahan Penjagaan Kesihatan Swasta dan Perkhidmatan 1998.

“Hospital ini tidak dibenarkan memasukkan pesakit baharu manakala pesakit dalam sedia ada dikehendaki dipindahkan ke hospital lain.

“Salah satu contoh pelanggaran yang dilakukan hospital itu adalah kekurangan doktor tetap dalam bidang perubatan tertentu yang terkandung dalam lesen sekali gus menimbulkan keprihatinan orang ramai tentang keselamatan pesakit,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham dalam pada itu menjelaskan, NSCMH telah gagal memberi maklum balas kepada surat tunjuk sebab bertarikh 21 Oktober 2013 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan kepada hospital itu dalam tempoh 14 hari.

Kata beliau, kegagalan itu menyebabkan Kementerian Kesihatan terpaksa mengeluarkan notis menggantung perkhidmatan pesakit dalam NSCMH serta merta bagi memastikan amalan perubatan yang selamat dan melindungi kepentingan orang ramai.

Beliau turut menerangkan, Kementerian Kesihatan amat mementingkan aspek keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan kesihatan maka pihaknya melakukan siasatan ke atas NSCMH selepas mendapat aduan pada Ogos 2013.

Menurutnya, siasatan mendapati aduan itu berasas selepas pihak Kementerian Kesihatan melakukan lawatan ke hospital itu pada 4 September 2013 lalu mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada NSCMH pada 18 September dan 21 Oktober lalu.

Jelas beliau, surat itu meminta pengurusan NSCMH memberi maklum balas secara terperinci mengenai tindakan pemulihan yang telah dan akan diambil untuk mengatasi 10 pelanggaran tersebut.

0 comments:

Post a Comment