Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Yayasan Prudence iaitu pertubuhan amal di bawah Prudential Corporation Asia berjanji akan memberi sumbangan sebanyak USD2 juta bagi membantu usaha memulihkan kawasan-kawasan di Filipina yang terjejas akibat Taufan Haiyan baru-baru ini.

Pengerusi Yayasan Prudence dan Ketua Eksekutif Prudential Corporation Asia, Barry Stowe berkata, sumbangan itu berikutan rasa simpati organisasi berkenaan dengan kemusnahan yang berlaku diakibatkan bencana alam itu.

“Yayasan Prudence akan turut menyalurkan kutipan derma yang disumbangkan oleh kakitangan dan ejen Prudential Corporation Asia di seluruh rantau ini serta menyokong kerja-kerja bantuan “Save the Children” dan “Plan International: dengan menyumbang bekalan kecemasan.

“Kami amat sedih dengan kemusnahan yang berlaku dan ingin menyampaikan simpati dan sokongan kami kepada mereka yang terlibat dalam bencana ribut taufan tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Barry berkata, Prudential beroperasi di Filipina sejak tahun 1996 dan selaku warga korporat yang telah lama beroperasi di negara tersebut, pihaknya komited untuk menghulurkan bantuan dengan segera.

Menurut beliau, sumbangan itu juga diharap dapat memberi bantuan serta-merta yang sewajarnya kepada orang ramai yang terbabit dalam kejadian tersebut.

“Kami tahu pemulihan akan mengambil masa yang panjang dan kami akan segera mengenal pasti kawasan-kawasan yang memerlukan sumbangan,” katanya.

Semalam, Mercy Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak RM4.2 juta atau kira-kira RM50,000 diperlukan sehari untuk membantu rakyat Filipina yang terjejas akibat bencana Taufan Haiyan.

Menurut Mercy Malaysia, bantuan itu antaranya melibatkan peruntukan untuk membekalkan kit kebersihan kepada lebih 2,000 keluarga di kawasan terjejas.

Jelas pertubuhan itu, aspek kebersihan dan sanitasi kini menjadi isu utama di kawasan terjejas yang menyebabkan peningkatan risiko kes cirit-birit dan taun.

“Menurut laporan Pejabat Bangsa-bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (UNOCHA), seramai 13.2 juta terjejas, 4.4 juta menjadi pelarian dan 1.1 juta rumah rosak akibat bencana itu,” kata Mercy Malaysia.

0 comments:

Post a Comment