Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki berusia 66 tahun yang dilaporkan hilang pada 10 November lalu.

Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memberitahu, lelaki berkenaan ialah Thoo Chee Choong.

“Alamat terakhir di Jalan Selasih, Taman Cheras. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan maklumat kepada polis,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau SMS kepada 32728 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.

Semalam, Pusat Media IPK Kuala Lumpur turut memaklumkan sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang pada 6 November 2013.


Wanita tersebut dikenali sebagai Akulaswapna yang beralamat terakhir di Arena Green Apartment, Bukit Jalil di sini.

0 comments:

Post a Comment