Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

MELALUI akaun Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign, satu kes mengenai kehilangan sebuah kereta bersama penumpangnya telah dikongsikan kepada orang ramai, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Petronas tidak jauh dari Tol Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 7 malam itu, Iskandar Zulkarnain Borhan dipercayai sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang sebuah kereta Subaru XV putih dengan nombor pendaftaran WXQ 191.


Pada masa yang sama, ibunya keluar untuk ke tandas di stesen minyak tersebut.

Bagaimanapun, dia menyedari keretanya hilang sebaik sahaja keluar dari tandas dan cuba menghubungi anaknya, namun tidak berjawab.

Orang ramai yang menjumpai atau terlihat kereta dan pemuda ini diminta untuk terus menghubungi Fairuz di talian 012-258 5802 atau melaporkannya kepada balai polis berdekatan.

Oleh: ELZA

(Sumber asal: Malaysian Crime Awareness Campaign)

0 comments:

Post a Comment