Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Keputusan Kementerian Belia dan Sukan memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012 sebenarnya berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata itu antara kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada negara hasil keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajuinya tahun lalu.

Di sudut lain yang tidak dapat diukur dengan wang ringgit pula, ia adalah suatu inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerajaan.

“Sambutan Hari Belia itu berjaya menarik lebih daripada 2.4 juta pengunjung,” katanya pada persidangan akhbar selepas berjumpa dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di pejabat jawatankuasa itu di Parlimen.

Beliau berkata kerana daya tarikan K-Pop, ia menyemarakkan sambutan Hari Belia itu sehingga mendapat tajaan yang besar daripada pihak swasta.

Ahmad Shabery berkata ini termasuk tajaan yang memberikan nilai pulangan sehingga RM26 juta yang dianjurkan Telekom Malaysia dan ada pula tajaan yang memberikan pulangan RM1.9 juta atau keuntungan dalam bentuk tunai setinggi RM2.3 juta tetapi keuntungan sebenar datang dalam bentuk beransur-ansur.

“Saya beritahu mereka, jangan melihat tentang isu K-Pop secara berasingan, acara yang dibuat ialah hala tuju belia secara besar. K-Pop hanya menjadi satu daripada 500 acara yang dibuat sempena Hari Belia itu dan telah berjaya menarik lebih daripada 2.4 juta pengunjung.

“Kalau Brazil ada Karnival Rio, Jerman ada Oktober Fest, biarlah Malaysia mempunyai satu hari yang bersifat ikonik iaitu festival Hari Belia itu sendiri,” kata Ahmad Shabery.

Beliau berkata tiga kumpulan K-Pop yang dipanggil itu adalah antara 10 kumpulan paling popular di Korea Selatan tetapi untuk mendapatkan tempahan, sejumlah deposit daripada RM900,000 perlu dibayar.

Beliau menjelaskan isu yang dipolitikkan ialah isu deposit pendahuluan yang menggunakan duit kerajaan tetapi secara keseluruhan, program artis K-Pop itu berjaya mendapat tajaan daripada pihak swasta berjumlah RM2.3 juta. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment