Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 17, 2013

No Comment

Athen – Kerja-kerja pembinaan sebuah masjid yang telah telah tertunda pembinaannya sejak 13 tahun lalu, akhirnya akan dimulakan.

Kerajaan Greece memaklumkan telah mengenalpasti konsortium bagi pembinaan masjid itu.

Sebelum ini usaha bagi mendapatkan kumpulan yang akan mengetuai projek tersebut gagal sebanyak lima kali.

Kegagalan itu adalah disebabkan oleh masalah mencari tapak pembinaan dan dalam masa sama berdepan dengan tentangan termasuk parti berhaluan kanan, Golden Dawn.

Athens merupakan antara beberapa negara Eropah yang tidak mempunyai masjid.

Kos pembinaan masjid itu adalah AS$1.3 juta dan ia mempunyai ukuran 600 meter persegi.

Ia akan dibina di atas tanah milik bekas tentera Greece dan dijangka siap dalam masa enam bulan selepas kontrak ditandatangani.

Pembinaan masjid itu kali pertama diumumkan pada 2000, namun ia telah beberapa kali tertunda dan mendapat bantahan gereja Orthodox.

Meskipun ini adalah masjid rasmi yang pertama di Greece, namun beberapa tempat di Greece telah dijadikan sebagai tempat sembahyang, susulan bertambahnya pendatang dari negara Islam termasuk Pakistan.

0 comments:

Post a Comment