Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 17, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Hubungan tegang DAP dengan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memasuki episod seterusnya apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam menyifatkan Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss sebagai seorang pemimpin PAS yang tidak tahu menjaga tatasusila.

Karpal yang berang dengan tindakan Raja Ahmad menuduhnya seorang pembohong kelmarin menyifatkan pemimpin muda PAS itu yang sebenarnya seorang pembohong kerana tidak mengeluarkan transkrip penuh berhubung sidang medianya di Pulau Pinang pada 5 November lalu.

“Raja Ahmad perlu menjaga bahasanya semasa menuduh saya saya seorang pembohong kerana tidak mengaku pernah membuat gesaan supaya membatalkan pendaftaran parti berasaskan kaum dan agama termasuk PAS.

“Beliau sepatutnya berani mengeluarkan keseluruhan transkrip yang menunjukkan saya turut merujuk PAS mempunyai unit terdiri daripada penyokong bukan Islam,” tegasnya dalam satu kenyataan media.

SiakapKeli kelmarin melaporkan konflik antara PAS dan Karpal bertambah tegang apabila Raja Ahmad mendakwa Pengerusi DAP itu seorang pembohong kerana secara terang-terangan menipu para pemimpin dan ahli PAS berhubung isu gesaan membatalkan pendaftaran parti itu.

Raja Ahmad dipetik berkata, Karpal sebelum inj menafikan beliau membuat gesaan supaya pendaftaran PAS dibatalkan dalam satu medianya baru-baru ini, tetapi siasatan DPPM ke atas rakaman sidang media itu mendapati sebaliknya.

“Kami mendapatkan sendiri rakaman penuh sidang media Karpal di Pulau Pinang pada 5 November lalu dan setelah mendengar dan meneliti rakaman penuh sidang media selama 24 minit 47 saat itum, kami mendapati penafian Karpal bahawa “saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya” adalah satu pembohongan,” kata Raja Ahmad.

Karpal dalam pada itu berkata, PAS sepatutnya berterima kasih kepadanya daripada menggesa beliau memohon maaf berhubung isu itu daripada seorang ahli politik `kecilan’ dalam hierarkinya seperti Raja Ahmad.

Malah, tegasnya. beliau tidak akan memohon maaf kepada PAS kerana tidak berhutang kemaafan dengan mana-mana pihak berhubung isu itu.

Jelasnya, mana-mana rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berfikir dan tidak bersetuju dengan kewujudan berasaskan kaum dan agama dengan mengambil pertimbangan pelbagai kaum dan agama yang terdapat di negara ini.

0 comments:

Post a Comment