Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang melantik panel bebas bagi membuat kajian menyeluruh tentang masalah yang berlaku dalam pelaksanaan sistem terkini pengkomputeran agensi itu iaitu mySIKAP.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, panel bebas itu akan turut melihat sama ada vendor yang dilantik telah melaksanakan pembangunan sistem itu mengikut keperluan dan spesifikasi ditetapkan JPJ.

“JPJ bercadang untuk melantik panel bebas bagi mengkaji secara menyeluruh isu yang berbangkit daripada migrasi sistem SIKAP kepada mySIKAP supaya penyelesaian jangka panjang yang konkrit dapat diambil,” katanya melalui satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, JPJ mengesan berlaku gangguan sistem sejak agensi itu melaksanakan migrasi sistem pengkomputeran JPJ daripada sistem SIKAP kepada mySIKAP bermula 1 November lalu.

Menurutnya, gangguan sistem tersebut menyebabkan proses di JPJ menjadi perlahan hingga mengakibatkan orang ramai terpaksa menunggu lama untuk menyelesaikan urusan mereka di pejabat agensi itu.

Kata beliau, hal itu menyebabkan pejabat-pejabat JPJ menjadi sesak sehingga menimbulkan kegelisahan serta rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai.

Jelasnya, JPJ memahami masalah tersebut dan memberi perhatian serius dengan mengambil langkah jangka pendek dan panjang bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Antara langkah interim yang diambil adalah membuka kaunter perkhidmatan di semua pejabat JPJ di seluruh negara pada hujung minggu.

“Jumaat dan Sabtu bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Sabtu dan Ahad bagi negeri lain. Langkah ini telah diambil sejak dua minggu lalu dan akan diteruskan sehingga sistem mySIKAP stabil,” katanya.

Beliau turut memaklumkan penubuhan Bilik Gerakan yang beroperasi setiap hari bagi memantau prestasi sistem serta menerima aduan daripada semua pejabat JPJ untuk tindakan penyelesaian serta-merta.

Selain itu. JPJ mengarahkan vendor yang bertanggungjawab ke atas pembangunan semula sistem itu meningkatkan keupayaan kerangka utama (mainframe) daripada 415 mips kepada 1200 mips bagi menampung keperluan sistem JPJ.

0 comments:

Post a Comment