Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan semalam melancarkan kempen `Go Green MinDef’ bersempena program Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan media memberitahu, kemitu bertujuan mendidik dan menyemai amalan penjimatan utiliti serta sumber yang ada untuk menyelamatkan alam sekitar.

“Kempen itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad.

“Pendekatan 3R iaitu `Recycle, Reuse dan Reduce’ diwujudkan dan dijadikan panduan khas kepada pelaksanaan kempen ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Ismail dalam perasmian kempen itu dilaporkan menegaskan, perubahan harus dilakukan bermula sekarang meskipun dalam skala yang kecil.

Antaranya seperti mengurangkan penggunaan kertas dalam urasan kerja harian sekali gus dapat menjimatkan bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Turut berlangsung pada majlis itu adalah pengiktirafan kepada mereka yang memberi sumbangan kepada aktiviti 5S.

“Kementerian Pertahanan akan memperbaharui sijil 5S tersebut daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada tahun hadapan,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment