Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung Muktamar PAS ke-59 bermula 22 November ini melalui webtv PAS di http://webtv.pas.org.my dan radio internet hijau.fm.

PAS dalam satu kenyataan media memberitahu, Muktamar PAS ke-59 akan berlangsung di Shah Alam, Selangor sehingga 24 November 2013.

“Jabatan Teknologi Maklumat PAS Pusat (JITP) telah memembangunkan laman web khusus untuk Muktamar PAS ke-59 .

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, JITP ditugas mengendalikan urusan berkaitan akses internet dan lain-lain perkara berkaitan IT bagi memastikan kelicinan muktamar,” kata kenyataan itu hari ini.

Pengarah JITP, Suhaimi Embong dalam kenyataan sama memberitahu, kandungan web muktamar59 boleh diakses di alamat http://muktamar59.pas.org.my.

Ia meliputi aturcara, jawatankuasa, berita berkaitan muktamar, koleksi video dan album muktamar terdahulu serta lain-lain perkara yang dikemaskini dari semasa ke semasa”

“Web muktamar ke59 ini bertujuan tujuan memudahkan ahli dan penyokong PAS serta rakyat Malaysia mendapat maklumat berkaitan muktamar PAS melalui sumber rasmi,” katanya.

0 comments:

Post a Comment