Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, December 5, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia terpaksa menutup beberapa pejabatnya di Pahang dan Terengganu berikutan bencana banjir yang semakin memburuk di kedua-dua negeri tersebut semalam.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, pejabat pos yang ditutup di Pahang adalah Pejabat Pos Kuantan, Balok, Air Putih, Beserah, Komtar dan UTC Kuantan.

“Manakala pejabat pos di Jalan Air Puteh, Bukit Besi dan Chukai di Terengganu turut ditutup sementara ekoran banjir,” kata kenyataan itu semalam.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan Pos Laju di Kuantan, Kota Gelanggi, Sungai Tekam Utara, Padang Piol, Sungai Retang, Kampung Pinggiran Sungai, Mela dan Kerambit, Kuala Tahan di Pahang serta Chukai, Terengganu turut dihentikan sementara.

Kenyataan itu turut memaklumkan, operasi penghantaran surat Pos Malaysia di Johor, Pahang dan Terengganu terjejas akibat kejadian banjir tersebut.

Kawasan operasi yang terjejas di Johor adalah Mersing, Batu Anam dan Segamat.

Manakala, kawasan operasi yang terjejas di Pahang adalah Bandar Pusat Jengka, Jerantut, Kuala Lipis, Pekan, Kuala Rompin, Maran, Balok, Chini, Gambang, Sungai Lembing, Nenasi dan Paloh Hinai.

“Operasi penghantaran surat di Kuala Berang, Dungun, Kuala Terengganu, Cheneh, Cukai, Air Putih, Bukit Payong, Kerteh, Paka, Sungai Tong di Terengganu turut terjejas,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment