Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

Jika kelmarin terdapat berita penemuan mayat remaja lelaki di tandas Maahad Tahfiz Kok Lanas, semalam pula seorang perempuan dalam lingkungan usia 20an mencetuskan kegemparan apabila terjatuh dari tingkat 12, Flat Tioman di Taman Melati, Gombak, Selangor.

Menurut saksi sebelum berlaku kejadian jam 5.46 petang itu, seorang perempuan memakai baju lengan panjang berwarna merah jambu, seluar jeans hitam dan berselipar dikatakan duduk termenung di tingkat 12 flat berkenaan.

Bila gadis itu hilang pedoman dan kelihatan mahu terjun, seorang jiran dikatakan cuba memujuk dan menghalang tindakannya dengan menarik baju gadis berkenaan tapi gagal.

Ada yang cakap gadis itu tergelincir sebelum jatuh atas porch kereta, berkemungkinan selepas panik melihat ketibaan orang ramai dan kereta polis.

Sebaik jatuh orang ramai mengerumuni gadis berkenaan yang kemungkinan besar mengalami kecederaan dalaman lalu cuba mengajarnya mengucap.

Dia bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis dikatakan sedang menyiasat punca kejadian dan mencari waris mangsa. – REM RAMZI


0 comments:

Post a Comment