Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kadar pembiakan nyamuk aedes di negara ini meningkat sebanyak 18 peratus pada minggu lalu iaitu dari 1 hingga 7 Disember 2013 berbanding kadar pembiakan yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, situasi itu menunjukkan masih banyak kawasan di seluruh negara tidak bersih dan membiakkan nyamuk aedes yang membahayakan nyawa orang ramai.

“Semua pihak perlu mempertingkatkan aktiviti mengurangkan punca pembiakan dengan membersihkan kawasan kediaman atau premis masing-masing.

“Bagi negeri yang dilanda banjir, perlu mengadakan aktiviti pembersihan kawasan dan mengurangkan tempat pembiakan aedes dalam tempoh seminggu selepas banjir surut. Pusat-pusat pemindahan banjir juga perlu bebas daripada pembiakan aedes,” katanya melalui satu kenyataan media semalam.

Lokman Hakim dalam pada itu memaklumkan sebanyak lapan negeri yang mencatatkan peningkatan kes denggi pada minggu lalu adalah Selangor meningkat 88 kes, Sabah (10), Kedah (lapan), Terengganu (lima), Perlis (tiga), Sarawak (tiga), Labuan (tiga) dan Johor (satu).

Beliau turut memaklumkan terdapat lima kes kematian dilaporkan pada minggu lalu melibatkan tiga perempuan dan dua lelaki iaitu tiga dari Sabah dan dua dari Selangor berusia antara 16 hingga 61 tahun.

Menurutnya, empat mangsa terbabit merupakan pelajar sekolah dan kolej dan pemeriksaan di kawasan kediaman mangsa menemui tempat pembiakan aedes seperti bekas plastik, tayar, baldi dan polistrin.

“Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan dari 1 Jan hingga 7 Disember 2013 ialah sebanyak 37,698 kes berbanding hanya 20,387 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lepas, yang meningkat 84.9 peratus atau 17,311 kes,” katanya.

0 comments:

Post a Comment