Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

Kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan pelbagai cerita membabitkan individu-individu yang mengaku mereka adalah pewaris kesultanan yang sah.

Namun pihak berkuasa pula, seringkali memandang dan menganggap remeh perkara berkenaan sekalipun salah satu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara yang diketuai oleh seorang lelaki bernama Hasbul Jalil bin Hassan telah dua kali melakukan pencerobohan di Istana Anak Bukit dan Istana Negara.


Sikap berlengah dan tidak mengambil berat seperti yang ditunjukkan oleh KDN dalam menangani masalah-masalah sebegini sebenarnya dapat kita lihat menerusi lambakan pendatang-pendatang asing ke negara ini.

Sudah ramai yang memperkatakan dan membuat teori bahawa semua ini berpunca daripada RASUAH dan sikap malas bekerja kakitangan dan pegawai-pegawai yang diberikan tanggungjawab.

Seharusnya Kerajaan Malaysia sedar dan tahu bahawa setiap masalah bermula dari kecil sebelum merebak menjadi besar kerana sikap lalai dan tidak ambil peduli.

Berapa lama lagi rakyat Malaysia akan dihiburkan dengan kewujudan individu-individu perasan seperti ini?

Sumber: http://selangorchronicle.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment