Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

NAYPYITAW – Walaupun pasukan antara regu lelaki berjaya mengatasi Laos pada perlawanan pertama peringkat kumpulan di temasya Sukan SEA ke-27 yang berlangsung di Stadium Tertutup B Wunna Theikdi hari ini, kekecewaan masih jelas terpancar pada wajah jurulatih negara Jamaluddin Hassan.

“Pemain kita lembab dan banyak membuat kesilapan. Kemenangan hari ini cuma disebabkan nasib tetapi persembahan pemain kita memamang teruk,” katanya kepada  pemberita selepas perlawanan.

Jamaluddin berkata beliau rasa malu apabila ramai jurulatih dari negara lain bertanyakan tentang prestasi pemain negara yng dilihat begitu merosot dan tidak seperti dahulu.

“Saya tidak tahu apa punca yang menyebabkan mereka gagal memberi fokus
sehingga memberi enam mata percuma kepada Laos apabila tekong negara kerap melakukan kesilapan apabila bola beberapa kali tersangkut dijaring dan itu amat memalukan.

“Mereka (pemain) seolah-olah tidak ada semangat dan saya tidak menolak kemungkinan bahawa mereka tertekan namun saya sendiri tidak tahu apa sebabnya,” katanya.

Beliau berkata kegagalan tekong melakukan servis dengan baik hanya akan mematikan peranan rakan sepasukan yang berada di hadapan dan seterusnya mengundang padah kepada pasukan.

“Saya tidak bermaksub untuk mematahkan semangat pemain namun semua orang menonton perlawanan ini termasuk rakyat Malaysia dan saya tidak boleh membohongi perkara yang betul,” katanya.

Jamaluddin berkata sekiranya pemain bercita-cita untuk terus menang, mereka perlu menukar corak permainan dengan rentak yang lebih agresif apabila berhadapan dengan  Kemboja esok.

Mengulas lanjut mengenai laporan media berhubung hasratnya untuk melepaskan
jawatan sebagai ketua jurulatih negara, Jamaluddin berkata belum membuat keputusan sebaliknya hanya menyebut ‘sudah cukup’ kerana kecewa dengan persembahan buruk pemain acara berpasukan lelaki dan wanita negara semalam.

“Buat masa sekarang saya tak nak fikir apa-apa tentang perkara itu kerana apa yang lebih penting saya perlu selesaikan tugas saya sebagai jurulatih disini dahulu,” katanya.

Aksi hambar skuad sepak takraw negara semalam turut mendapat reaksi dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Khairy menyifatkan prestasi skuad takraw negara berada di tahap buruk dan akan memanggil pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk duduk semeja bagi menyusun pelan baharu bagi membaiki kemerosotan sukan teras iaitu sepak takraw, badminton dan renang sebelum Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA  ke-29 pada 2017 nanti.

Sementara itu Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Arshad Yahaya berkata prestasi skuad sepak takraw negara kali ini boleh  disifatkan persembahan terburuk dalam sejak sukan sepak takraw negara.

“Saya rasa kecewa dengan persembahan pemain yang dilihat tidak bermain dengan sepenuh hati dengan negara lain yang berlawan dengan sepenuh hati demi mengharumkan nama negara masing-masing,” katanya.

Beliau menambah kekurangan dana bagi menyusun program pembangunan peringkat
akar umbi turut menyumbang kepada kegagalan itu.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment