Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

KUANTAN – Lebih 500 sukarelawan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) dari enam negeri turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dalam Ops Banjir di sini, hari ini.

Presiden MAYC Mohd Hasri Mohd Hadzir berkata, program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada sukarelawan dari Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kita lihat banyak kerosakan akibat bencana ini, justeru kita datang untuk meringankan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung mangsa,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Katanya kesemua sukarelawan yang terlibat itu dibahagikan beberapa kawasan yang memerlukan bantuan di daerah ini sebelum bergerak ke Kemaman bagi meneruskan misi yang sama.

Banjir di Pahang yang bermula 2 Disember lepas membabitkan pemindahan lebih 40,000 mangsa di sembilan daerah yang terjejas selain turut meragut tiga nyawa.

Berdasarkan laporan sehingga 9 pagi tadi lebih 5,800 mangsa daripada 1,497 keluarga masih ditempatkan di 55 pusat pemindahan dari 48 penempatan di empat daerah yang terjejas akibat banjir.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment