Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment


KUALA LUMPUR – Pemuda MIC melahirkan rasa bimbang terhadap kes seksual membabitkan pelajar sekolah yang didakwa semakin meningkat di negara ini.

Ketuanya, C.Sivarraajh berkata, peningkatan kes itu boleh dilihat menerusi laporan-laporan media mengenai gangguan seks dan rogol bawah umur yang berlaku.

“Ibu bapa tidak lagi perlu segan membincangkan hal ini  dengan anak mereka untuk mendidik mereka cara bertindak jika berhadapan dengan kes seperti itu.

“Pihak sekolah dan guru juga harus cuba memberi (mengajar subjek) pendidikan seks kepada pelajar dari semasa ke semasa walaupun sistem pendidikan negara belum mengisytiharkan pendidikan seks,” katanya melalui satu kenyataan media.

Sivarraajh berkata, tidak salah guru mengajar pelajar mengenai pendidikan seks meskipun sistem pendidikan negara belum mengisytiharkan subjek itu kerana ia merupakan satu pengetahuan dan kesedaran untuk pelajar terbabit.

Justeru, katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berhubung perkara berkenaan.

0 comments:

Post a Comment