Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) memohon sumbangan orang ramai bagi membantu kira-kira 30,000 pelajar sekolah rendah dan menengah yang dianggarkan terjejas akibat bencana banjir di beberapa negeri sejak beberapa minggu lalu.

YKMAM dalam satu kenyataan media berkata, sumbangan itu boleh disalurkan kepada yayasan tersebut menerusi kempen  “Bantulah mangsa banjir kembali ke sekolah” yang bermula semalam.

“Daripada kira-kira 70,000 mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor, dianggarkan 30,000 daripada mereka adalah kanak-kanak yang masih bersekolah rendah dan menengah.

“Dana yang dapat dikumpul menerusi kempen ini bagi menyediakan keperluan persekolahan kepada seramai mungkin kanak-kanak mangsa banjir terbabit,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, anggaran keperluan persekolahan bagi seorang pelajar sebanyak RM100 meliputi bantuan pakaian seragam, sepasang stoking, sepasang kasut sekolah dan satu beg sekolah.

Kata kenyataan itu, keperluan persekolahan terbabit dianggap sebagai amat mendesak memandangkan sesi persekolahan akan bermula kurang tiga minggu dari sekarang.

“Orang ramai yang mahu memberi sumbangan boleh menghubungi kami di talian 03-2288 1996 dan emel kepada mail@muslimaid.org.my. Semua sumbangan akan mendapat pengecualian cukai,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment