Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan (NGO) mesra pembangkang, Jingga 13 meminta Kementerian Pertahanan menghantar anggota tentera bagi membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri membersihkan rumah mereka yang terjejas akibat bencana itu.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, mangsa-mangsa banjir kali ini amat memerlukan bantuan anggota tentera bagi membersihkan lumpur dan memperbaiki rumah mereka yang rosak teruk akibat kejadian itu.

“Mangsa banjir juga amat memerlukan bantuan membersihkan longgokan perabut dan sebagainya yang dibimbangi boleh mengakibatkan penyakit.

“Berdasarkan pengalaman lalu, pihak berkuasa tempatan (PBT) terpaksa mengambil masa antara tiga hingga empat bulan untuk membersihkan longgokan sisa-sisa banjir,” dakwanya dalam satu memorandum memohon bantuan anggota tentera tersebut yang dihantar kepada Kementerian Pertahanan di sini semalam.

Justeru, Fariz berkata, komitmen dan keprihatinan Kementerian Pertahanan untuk membantu mangsa banjir terbabit sangat-sangat diharapkan bagi meringankan bebanan mereka.

0 comments:

Post a Comment