Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 6, 2013

No Comment
 Kelihatan seorang warga emas menjalankan aktiviti mengemis di Jalan Tun Razak.

 Wanita warga asing memalingkan muka ke arah lain selepas menyedari aktivitinya dirakamkan wartawan.

Seorang lelaki yang ditemui mengemis sekitar Jalan Universiti.

GOMBAK - Dua wanita warga asing berusia lewat 50-an sanggup berpanas dan bergadai nyawa semata-mata untuk menjadi peminta sedekah di persimpangan lampu isyarat berhampiran Taman Sri Gombak.

Aktiviti salah seorang wanita itu dilihat terganggu apabila dia bertindak memalingkan mukanya dan berselindung di sebalik lori yang berhenti di lampu isyarat merah selepas menyedari tindakan wartawan cuba mengambil gambarnya.

Sementara seorang lagi rakannya dilihat sedang berjalan menghampiri lampu isyarat selepas kenderaan mulai kosong di persimpangan itu.

Persimpangan itu telah dijadikan mata pencarian peminta sedekah berkenaan sejak beberapa tahun lalu malah pernah beberapa kali bertukar lokasi di persimpangan lampu isyarat berhampiran kuil Batu Caves dan sekitar Selayang.

Perkara tersebut pernah dilaporkan media sebelum ini, namun tidak langsung menjejaskan aktiviti mereka.

Selain membahayakan nyawa sendiri, tindakan peminta sedekah itu turut menjejaskan keselamatan pengguna lain termasuk penunggang motosikal yang berkemungkinan tidak menyedari kehadiran mereka.

Singgah dari kereta ke kereta

Keadaan sama dapat dilihat di kawasan lain sekitar ibu kota antaranya Jalan Tun Razak, Jalan Abdullah dan Jalan Bangsar.

Mereka pergi dari satu kereta ke kereta lain menagih simpati menggunakan isyarat memerlukan duit untuk makan.

Senario itu dilihat ‘dimonopoli’ pengemis dipercayai warga asing yang kini menggunakan pendekatan berbeza bagi memperolehi wang dengan mudah.

Sebelum ini mereka menjadikan jejantas sebagai tempat meraih simpati juga kedai makan dan kini di tepi jalan yang dipenuhi pengguna kenderaan pula.

Walaupun dilihat bukan menjadi masalah besar tetapi jika dibiarkan berterusan akan menjadi perkara yang sukar dibendung pada masa akan datang.

Seorang pekerja swasta, Asmarizan Jusoh, 26, berkata, peminta sedekah mengganggu konsentrasi pemandu selepas mereka mengetuk cermin kereta sewaktu memberhentikan kereta di persimpangan lampu isyarat.

“Keadaan akan menimbulkan kemarahan terutamanya ketika waktu sesak selain perlu berhati-hati dengan penunggang motosikal yang gemar menyelit dalam masa sama mengelak peminta sedekah yang berjalan di antara kenderaan.

“Pihak berkuasa diminta memantau dan mengawal lalu lintas di kawasan tersebut sekurang-kurang menakutkan peminta sedekah untuk meneruskan aktiviti mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Prihatin tidak bertempat

Fara Nurul Amirah Mustafa, 26, pula berkata, sama ada aktiviti itu berselindung di sebalik sindiket atau sebaliknya tidak menjadi keutamaan, tetapi sikap masyarakat kita yang prihatin tidak bertempat dipersoalkan.

“Aktiviti tersebut berterusan sehingga kini disebabkan disokong oleh pengguna yang memberikan wang sehingga ia diambil kesempatan oleh pihak luar.

"Sekiranya ingin memberikan bantuan berilah melalui saluran yang betul supaya bantuan dapat diberikan kepada individu yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Nur Hazwani Aziz, 27, berkata, kehadiran peminta sedekah menimbulkan persoalan, mengganggu pemandu sehingga membolehkan mereka hilang fokus selepas tindakan memaksa segelintir daripada mereka.

“Saya amat memohon supaya pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan tidak memandang remeh permasalahan ini kerana dibimbangi boleh merebak ke kawasan lain.


“Aktiviti tersebut jika tidak dibendung bukan hanya mencemar imej negara tetapi turut menyamai situasi di Indonesia apabila kawasan jalanan dijadikan tempat untuk meminta sedekah,” katanya. - Sinar Online

0 comments:

Post a Comment