Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan mesyuarat khas dengan Kementerian Kesihatan, Jabatan Standard dan Jabatan Kimia esok berhubung isu penemuan DNA khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury.
    
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam kenyataan hari ini berkata Jakim akan turut memanggil syarikat berkenaan untuk mendapatkan maklum balas lanjut berhubung perkara itu.
    
"Segala keputusan mesyuarat tersebut akan dimaklumkan kepada media sebaik sahaja mesyuarat selesai.
    
"Sehubungan dengan itu Jakim memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas terhadap isu ini bagi mengelakkan keresahan awam," katanya.
    
Kenyataan itu menambah dua sampel coklat yang ditemui DNA khinzir ialah Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813 M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013 N01RI1).    
    
Semalam Jakim menggantung serta-merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury yang dikesan mengandungi DNA khinzir terbabit.   
    
Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd dalam kenyataan berasingan hari ini berkata syarikat itu telah menarik balik dua produk berkenaan dengan serta-merta.
    
Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan dua produk terbabit mengandungi DNA khinzir dan hasil analisis itu tersebar luas menerusi media sosial.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment