Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 3, 2014

No Comment

NIBONG TEBAL – Mayat yang ditemui terapung di Sungai Kerian di sini Khamis lepas dikenal pasti sebagai A.Samuel, 18, yang dipercayai mati dibelasah di tempat lain sebelum dicampak ke dalam sungai berkenaan.

Sumber polis berkata dua hari sebelum mayatnya ditemui, dia didapati tidak pulang ke rumahnya di Nibong Tebal yang menyebabkan ibunya membuat laporan polis.

Katanya anggota keluarga remaja terbabit turut mencarinya namun mereka hanya menemui motosikalnya di tepi jalan berhampiran kawasan kampung di Sungai Bakap.

“Mayat remaja itu ditemui seorang nelayan, yang matanya ditutup dengan kain,” kata sumber itu.

Ketua Polis Daearah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata kes diklasifikasi sebagai bunuh dan turut mengesan rakan-rakan yang rapat dengannya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment