Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti adil dan telus dalam mentadbir negara tanpa unsur menganaktiri atau mengenepikan mana-mana agensi di negeri yang ditadbir pembangkang.

Perkara itu terbukti apabila Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada 21 November lalu mengumumkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) sebagai syarikat pembekal air terbaik bagi tahun 2013.

Malah, Pengurus Besar PBAPP, Ir. Jaseni Maidinsa dalam satu kenyataan mengakui PBAPP tidak menjangka akan memenangi anugerah itu dan menyifatkan ia satu kejayaan kepada agensi pengurusan air tersebut.

“Kadang-kadang bagus juga untuk tahu apa yang pihak lain fikirkan,” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh PBAPP hari ini.

PBAPP adalah syarikat milik penuh PBA Holdings Bhd. yang kini dipengerusikan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng dalam kenyataan sama pula melahirkan rasa bangga kerana kerajaan Persekutuan mengiktiraf pencapaian PBAPP.

“Pengiktirafan ini membuktikan PBAPP adalah yang terbaik di Malaysia. Sekali lagi Pulau Pinang memimpin,” katanya.

Selain itu, kenyataan tersebut memaklumkan petunjuk prestasi utama (KPI) dalam pengiktiarafan itu adalah liputan bekalan air 100 peratus di kawasan bandar dan 99.7 peratus di kawasan luar bandar.

Turut menjadi KPI adalah kualiti air terawat berdasarkan ketetapan Kementerian Kesihatan, kadar air tidak berhasil terendah, tarif domestik terendah dan kecekapan kutipan bil 92.4 peratus.

Bagaimanapun, PBAPP menjelaskan tarif domestik terendah bagi penggunaan air sehingga 35,000 liter sebulan menyebabkan penggunaan perkapita yang tertinggi di Malaysia iaitu 302 liter/kapita/hari.

0 comments:

Post a Comment