Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim memberi sumbangan peribadi sebanyak RM25 juta bagi membina Bangunan Azman Hashim di Universiti Malaya (UM) di sini.

Kumpulan AmBank dalam satu kenyataan media memberitahu, sumbangan peribadi tersebut disalurkan melalui badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Azman Hashim.

“Bangunan ini akan dibina dalam kawasan letak kenderaan berhadapan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan bagi pelajar pascasiswazah meneruskan pengajian.

“Pembinaannya dijadualkan bermula serta merta dan bangunan ini dianggarkan mampu menampung lebih 800 pelajar dalam satu-satu masa,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Bangunan Azman Hashim berkeluasan kira-kira 79,501 kaki persegi dan menempatkan bilik kuliah, seminar dan perbincangan serta makmal komputer dan tempat letak kenderaan.

Jelas kenyataan itu, Yayasan Azman Hashim yang ditubuhkan oleh Azman memberi fokus terhadap aspek kebajikan dan pendidikan.

Yayasan itu membuat sumbangan kepada pelbagai projek kebajikan dan pendidikan termasuk membiayai pembinaan kompleks bangunan bernilai RM7 juta untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2010.

Yayasan itu turut membiayai pembinaan Arena Sukan Azman Hashim – Universiti Sains Malaysia (USM) bernilai RM10 juta pada Jun 2013.

0 comments:

Post a Comment