Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 28, 2013

No Comment

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala 26 lagi cedera selepas sebuah bangunan kediaman lima tingkat runtuh di sini, semalam.

Bangunan binaan lama di Selatan Mumbai itu dikatakan runtuh sekitar jam 6 pagi dan berpuluh-puluh orang dipercayai masih terperangkap di celah runtuhan itu.

Salah seorang mangsa yang berjaya diselamatkan ialah kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun setelah pasukan penyelamat mendengar jeritannya.

Menurut Timbalan Komander Pasukan Gerakan Bencana Kebangsaan, Sachidanand Gawde, mereka menggunakan teknik menyelamat terbaru untuk menyelamatkan sebanyak mungkin mangsa yang masih hidup.

“Keadaan sangat huru-hara, tetapi pasukan saya akan terus memantau jika ada sebarang bunyi atau pergerakan dari dalam runtuhan itu,” katanya.

Sebelum kejadian itu berlaku, bangunan kediaman yang mempunyai 22 buah rumah itu sedang dalam proses pengubahsuaian, namun penduduk terus mendiami bangunan berkenaan.

Runtuhan bangunan merupakan kejadian yang kerap berlaku di India dan dipercayai berpunca dari bahan binaan yang tidak bermutu dan kurangnya pemantauan dari pihak berkuasa.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment