Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 28, 2013

No Comment

SEORANG remaja dijatuhi hukuman penjara seumur hidup setelah mahkamah mendapati dirinya bersalah membunuh empat beradik dalam satu kebakaran di Frecketon, Lancashire, England, tahun lepas.

Dyson Allen, 19, didakwa sengaja menghidupkan api di sebuah rumah di Jalan Lytham pada 9 Januari 2012 atas niat khianat.

Akibatnya empat beradik yang berada dalam rumah tersebut iaitu Jordan, 2, kembar Holly dan Ella Smith, 4, serta abang mereka, Reece, 19, kesemuanya mati dalam kejadian tersebut.

Reece dipercayai mati ketika cuba menyelamatkan adik-adiknya yang sedang tidur.

Allen yang merupakan kawan Reece, menitiskan air mata sebaik keputusan dibacakan. – REM RAMZI




0 comments:

Post a Comment