Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 18, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Jualan kenderaan penumpang dan komersial pada Ogos menyusut kepada 51,104 unit daripada 51,818 unit satu tahun lepas, menurut Persatuan Automobil Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAA berkata, segmen kenderaan penumpang mencatatkan jualan yang lebih rendah iaitu 45,052 unit berbanding 45,681 unit tahun lepas, sementara jualan pada segmen kenderaan komersial merosot kepada 6,052 unit daripada 6,137 unit tahun lepas.

Ia berkata, volum jualan pada Ogos adalah 17,327 unit, atau 25 peratus, lebih rendah daripada bulan sebelumnya.

“Bagaimanapun, jumlah volum industri untuk tempoh antara Januari dan Ogos adalah lima peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lepas berikutan bulan kerja yang pendek pada Ogos 2013,” katanya.

MAA berkata, pengeluaran kenderaan penumpang bulan lepas merosot kepada 33,759 unit daripada 35,542 unit tahun lepas.

Pengeluaran kenderaan komersial merosot kepada 3,789 unit daripada 3,804 unit tahun lepas, katanya.

Ia berkata, jumlah pengeluaran untuk kedua-dua segmen merosot kepada 37,548 unit daripada 39,346 unit tahun lepas.
Mengenai unjuran, MAA berkata, volum jualan bagi September dijangka lebih tinggi daripada Ogos dengan pengenalan model baharu dan sentimen pelanggan kekal positif dan konsisten. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment